Patung Haiwan Kertas Dari Mibo Yang Sangat Cute

Bagi sesiapa yang suka buat model atau mungkin juga suka buat origami atau saja-saja suka buat kapal terbang kertas daripada buku latihan sekolah tu, produk ini mungkin sesuai untuk anda.






Mibo, satu design studio dari UK menghasilkan satu koleksi patung haiwan kertas yang boleh anda beli dan buat sendiri di rumah. Dikeluarkan dalam beberapa set seperti Forest Friends (tupai, landak, badger, musang), The Marine Team (paus, ikan lumba-lumba, penyu, bannerfish, sotong) dan juga The Wild Bunch (zirafah, monyet, singa, gajah). Anda boleh membeli templates bagi setiap set di laman web Mibo sendiri, atau boleh juga beli dalam bentuk pdf di laman Etsy, dengan harga tidak sampai RM20 satu set.

Ianya diperbuat daripada 100% kertas kitar semula dan untuk membuatnya anda hanya memerlukan gunting, pembaris dan gam sahaja, mudah bukan. Bagi yang ada anak-anak tu mungkin boleh menghasilkan model patung haiwan kertas yang comel ini bersama-sama mereka.
patung itik kertas

patung haiwan kertas yang comel
koleksi patung haiwan kertas keluaran mibo
patung anak ayam kertas
patung ikan paus kertas yang comel
patung musang kertas
Sumber dari My Modern Met

Artikel Berkaitan:

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments: