Taktik Pelik Menggunakan Patung Polis Kadbod Untuk Mengawal Jalanraya Di India

Jika di Malaysia kita ada AES, di India pula ada sistem kawalan trafik yang lebih unik, kreatif dan pastinya lebih murah, iaitu patung polis kadbod.







Baru-baru ini tiga patung polis diperbuat daripada kadbod ini telah diletakkan di kawasan paling sibuk di jalan-jalan di Bangalore, India dengan harapan untuk memperdaya pengguna jalanraya.

Cara ini nampaknya seperti tidak berkesan, tapi menariknya taktik yang simple dan murah ini sebenarnya berkesan dan sesetengah pemandu mengaku akan memperlahankan kenderaan apabila terserempak dengan patung polis ini. Dr M.A. Saleem, pesuruhjaya polis tambahan Bangalore berkata, "anggota polis tidak mampu untuk menjaga setiap jalan kerana kami kekurangan anggota. Kecenderungan bagi kebanyakan pengguna jalan raya adalah apabila mereka mendapati tiada anggota polis yang berkawal, mereka akan cuba untuk melanggar peraturan lalu-lintas."

patung kadbod polis mengawal jalanraya di india
"Setakat ini kesannya adalah cukup bagus. Kebanyakan orang apabila melihat patung tersebut dari jauh, mereka akan cepat-cepat berpatah balik semula. Malahan, pernah seorang pemandu dilihat berkata-kata kepada patung polis tersebut", tambah beliau lagi.

Walaupun begitu, menurut pihak berkuasa langkah ini hanyalah penyelesaian sementara dan mereka sedang merancang untuk menambah anggota polis sebenar pada masa hadapan. Jika ianya berkesan, boleh kira kreatif juga kerana cara pengawalan ini adalah sangat murah dan simple. Jika di Malaysia agak-agaknya adakah pemandu kita akan terpedaya juga ke tak? Haha.
patung kadbod polis di jalanraya
patung polis di tepi jalan
Sumber dari Daily Mail

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment