Rama-Rama Bersayap Lutsinar Seperti Gelas Yang Sangat Cantik

Pernahkan anda terbayangkan bagaimana rupanya rama-rama yang mempunyai sayap lutsinar seperti gelas? Pasti kita fikir ianya hanya boleh dilihat samada dalam imaginasi ataupun dalam kartun, lukisan atau filem.





Tapi tahukah anda bahawa rama-rama bersayap lutsinar ini memang betul-betul wujud.

Spesis rama-rama yang digelar sebagai glasswing butterfly ataupun Greta oto ini kelihatan seolah-olah seperti sayapnya diperbuat daripada gelas kerana ianya tembus cahaya. Ini terjadi kerana tisu-tisu pada sayap rama-rama ini kekurangan pigmen warna yang biasanya terdapat pada spesis rama-rama yang lain dan menjadikannya kelihatan lutsinar seperti gelas.

Biasanya boleh dijumpai di bahagian Amerika Tengah (Mexico hingga ke Panama), rama-rama bersayap lutsinar ini mempunyai nama tersendiri dalam bahasa Sepanyol iaitu Espejitos, yang bermaksud cermin kecil. Nama ini diberi kerana ianya boleh memantulkan cahaya apabila berada di bawah keamatan cahaya yang tertentu.

Apa-apa pun ianya memang nampak sangat unik dan cantik, seolah-olah seperti rama-rama yang hidup dalam alam kayangan atau magical land pun ada.
glasswing-butterfly
rama-rama-bersayap-lutsinar
beautiful-butterfly
rama-rama-cantik
rama-rama-dalam-hutan
unique-butterfly
Sumber dari My Modern Met

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment