Ujian Gila Sebelum Menjadi Pemandu Teksi Di London

Pernahkah anda terfikir apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pemandu teksi di sebuah bandaraya besar seperti di London? Bukan calang-calang skill yang diperlukan kerana mereka perlu menghafal peta keseluruhan bandar London dengan sepenuhnya.





Sebelum diberikan Hackney Carriage License (lesen memandu teksi) di London, seorang pemandu teksi haruslah lulus dalam ujian yang secara puratanya memerlukan masa tiga, empat tahun untuk menguasai setiap selok belok di London. Huh, dah macam sama jangka masa belajar di universiti pula. Bukan senang rupanya nak jadi pemandu teksi di London, kena study dan hafal peta bagai nak gila dulu. Dan paling penting, mereka tidak menggunakan GPS!

Bagaimana pula dengan di Malaysia? Saya tak tahu apa ujian yang diperlukan, tapi pernah juga saya naik teksi di KL dan terpaksa tunjukkan jalan kepada pemandu tersebut sebab dia tak tahu jalan, haha.
ujian pemandu teksi london
Seorang pelajar sedang memerah otak nak melukis laluan di atas peta bandar London dalam satu ujian
peta bandar london
 Lokasi di bandar London ditanda dalam nombor dalam satu ujian pengetahuan
pemandu teksi melukis laluan di atas peta london
 Seorang pelajar sedang melukis laluan di atas peta yang dihafal dengan ingatan

sumber dari NBC

Artikel Berkaitan:

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. Rasanya ujian peperiksaan geografi lagi senang kot ahaks :P

    ReplyDelete
  2. Memang penting ujian macam nie. Kat KL ade je driver taxi yang tak taw jalan.

    ReplyDelete