Bangunan Unik Berbentuk Kotak Balut Hadiah Di Australia

Selalunya bagi sesebuah bangunan pengurusan operasi yang tidak membenarkan orang awam untuk masuk, rekaannya adalah lebih berbentuk konvensional dan tidak berapa mementingkan sudut aestatik.





Namun berbeza pula bagi bangunan operasi stesyen keretapi di Melbourne, Australia ini.

Bangunan bernama 'Yardmasters Building' ini mendapat sentuhan arkitek McBride Charles Ryan dari Australia. Bentuknya yang berbentuk segi empat tepat dan rekaan facade yang unik membuatkan bangunan ini kelihatan kontras dengan keadaan sekitarnya yang dikelilingi dengan landasan keretapi. Dari segi pemetaan layout pula, kebanyakan unit pejabat terletak di tingkat dua dan tiga, bilik loker dan gym di tingkat pertama, manakala kemudahan untuk penyelenggaraan dan pembersihan ditempatkan di tingkat bawah.

Bahagian facade (muka bangunan) pula dibalut dengan kemasan bercorak yang diperbuat daripada bahan logam dengan bahagian tingkap betul-betul dibina mengikut opening pada facade. Idea bagi pembinaan facade sebegini rupa adalah dengan kesan cuaca, semakin lama kemasan pada facade akan berkarat dan turun warnanya, lantas lebih tepat menggambarkan sifat kawasan tersebut.

Namun corak pada facade ini ada juga seperti corak seni Islam serba sedikit. Apa-apa pun memang tak dinafikan dari jauh bangunan ini kelihatan seperti kotak yang dibalut dengan pembungkus hadiah. Happy birthday!
yardmasters building australia
 Yardmasters Building
bangunan penyelenggaraan keretapi melbourne
 pandangan dari luar
bahagian west elevation bangunan
 west elevation
north elevation dan facade detail
 north elevation dan facade detail
detail pada tingkap bangunan
 detail pada tingkap
pandangan perspektif bangunan dan south elevation
 pandangan perspektif dan south elevation
bahagian dalam bangunan
 bahagian dalam

bahagian dalam 2
kafeteria tingkat tiga
 kafeteria di tingkat tiga
pandangan pada waktu siang dan malam bangunan
 pandangan waktu siang dan malam
proses pembinaan guna prefab
proses pembinaan menggunakan prefab

sumber dari Architizer

Artikel Berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

5 comments:

  1. unik sekali cam bangunan itu telah d bom dan nampak lubang2 pula heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dibom pun still nampak cantik bangunan tu, hehe.

      Delete
  2. mereka mmg kreatif, kita kt sini bk bina bangunan cam mmg mmg agak terbas skit huu,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini memang susah sikit nak cari bangunan pelik mcm ni. ada, tp x banyak.

      Delete
  3. Yah uniknya memang cantik

    ReplyDelete