Ngeri: Roller Coaster Yang Direka Untuk Membunuh Penumpang

Tahukah anda apa itu euthanasia? Euthanasia adalah satu proses mengambil nyawa seseorang dengan tujuan untuk menamatkan sakit dan penderitaan. Ianya juga disebut sebagai mercy killing.





Proses euthanasia yang mendapat kebenaran daripada pesakit dibenarkan menurut undang-undang di sesetengah negara, manakala yang tidak mendapat kebenaran atau secara paksaan adalah diharamkan di mana-mana negara. Terdapat beberapa cara untuk melakukan proses ini, namun satu rekaan konsep roller coaster ini dibina bertujuan untuk mematikan seseorang dalam keadaan ghairah (huh?).

'Euthanasia Coaster' yang direka oleh Julijonas Urbonas, seorang bakal pelajar PhD di Royal College of Art in London ini direka untuk mematikan seseorang di "dalam keadaan elegan dan ghairah". Roller coaster ini direka dengan kepanjangan setengah kilometer, berketinggian kira-kira 500 meter dan perjalanannya mengambil masa selama 3 minit untuk ditamatkan.
euthanasia coaster design
Anda tertanya-tanya bagaimana dengan menaiki roller coaster ini mampu membunuh seseorang? Trek roller coaster ini terdiri daripada satu puncak tinggi dan tujuh gelung yang bersambung, di mana apabila dinaiki ianya akan menghasilkan daya sebanyak 10 Gs pada kelajuan 360 kilometer sejam dalam masa satu minit. Ianya akan menyebabkan otak penumpang tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana jantung tidak mampu mengepam darah melawan g-force yang terlalu tinggi.

Tapi tahukah anda apa yang lebih menakutkan? Dalam masa 3 minit untuk menamatkan perjalanan roller coaster ini, 2 minit dihabiskan hanya untuk menaiki puncak yang tinggi tersebut sebelum menjunam ke bawah. Dalam masa 2 minit yang sangat ngeri tersebut, penumpang harus membuat keputusan samada untuk terus hidup atau tamatkan riwayat, kerana apabila sudah mula menjunam, tiada apa yang mampu dilakukan lagi.
euthanasia coaster model
Untuk masa sekarang, Euthanasia Coaster masih kekal sebagai sebuah model dan Urbonas beranggapan ianya tidak akan dibina buat masa sekarang. Rasanya ianya lebih sesuai jika digelar suicide coaster. Kalau roller coaster ini dibina satu hari nanti, anda terasa nak naik?

Tonton video untuk ketahui lebih lanjut:


sumber dari Discovery News

artikel berkaitan:
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

8 comments:

  1. saya tak akan naik punya...seksanya menghampiri seksa kubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tapi ada juga yg tak sabar nak mati cepat.

      Delete
  2. gle btoi..
    klu roller coaster ni x membunuh,aku kompom akn naek..
    yeah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, mmg konpem ramai akan naik, thrill gile.

      Delete
  3. kerja giler....tue belum dpt phd..kalau dpt phd entah apa lg yfg pelik dia cipta,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah dapat phd dia buat roller coaster sampai ke bulan kot, haha.

      Delete
  4. aku tak percaya pada roller coaster ni, ajal maut tuhan tentukan. Mana tahu, bila naik roller coaster si penumpang tu tak mati, tapi jadi sewel atau gila, pasal kerosakan pada saraf otak akibat tekanan G-Force yang terlalu tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. da tntu ajal maut ditgn tuhan....lor...
      tp masih lg diberi pilihan pd kite.. kite nk mati scra baik atau scra keji... (contoh : mati ketika smbhyg or mati bunuh diri)
      byk bgunan tiggi2 didunia.. or rel ketapi.. bkn dibina utk bunuh diri.. even kipas kat umah pun leh wat bunuh diri... gantung diri... tp ada je yg memilih jalan kematian sebegitu...
      kesian ko ni....

      Delete