Kereta Diperbuat Daripada Kadbod Yang Boleh Dipakai Buang

Sebelum ini kita pernah ada jenis kamera yang boleh dipakai buang, tapi pernahkah anda terfikir tentang kereta yang boleh dipandu dan dibuang apabila habis diguna?






Kereta diperbuat daripada bahan kadbod yang boleh dipakai buang ini adalah merupakan konsep rekaan yang dihasilkan oleh Thierry Dumaine dari Perancis. Kereta konsep yang diberi nama "carDboard" ini direka secara minimalis tanpa pintu, tanpa dashboard dan hanya mempunyai satu warna sahaja, iaitu coklat (memandangkan ianya diperbuat daripada kadbod).

Bahagian rangka dan badan kereta ini diperbuat daripada kadbod dan plastik yang boleh dikitar semula, menjadikannya sangat ringan dan efisyen dengan enjin hybrid yang boleh digerakkan dengan gas, udara  mampatan ataupun elekrtik. Kelajuan kereta ini mampu mencapai 110 kilometer sejam. Satu idea yang agak menarik namun mungkin tidak praktikal untuk digunakan atas dasar keselamatan. Kalau accident di jalan raya confirm arwah.
kereta diperbuat daripada kadbod

kereta pakai buang

bahagian belakang kereta

pandangan berbeza kereta kadbod

fungsi setiap bahagian kereta

kereta dijana kuasa hybrid

stesyen minyak hybrid

struktur pemasangan kereta kadbod
sumber dari Yanko Design

Artikel Berkaitan:

No comments:

Post a Comment