Lampu Diperbuat Daripada Kaset Yang Mengimbau Nostalgia (7 Gambar)

Anda pernah merasa zaman mendengar muzik gunakan kaset? Bagi yang sekurang-kurangnya 20 tahun ke atas tu mesti pernah guna kaset ataupun walkman, berbanding generasi sekarang yang lebih banyak dengar muzik dalam bentuk digital.




Antara kelemahan menggunakan kaset ini adalah tali kaset senang bersimpul dan mudah rosak, selain ianya senang dimasuki habuk dan menjejaskan kualiti bunyi. Untuk tujuan mengguna semula kaset-kaset lama yang telah rosak, satu projek bernama Casette is Not Dead telah diilhamkan untuk memberi nafas baru kepada objek ikonik tersebut dengan membentuknya menjadi sebuah lampu yang unik dan kreatif.


Ooo My Design, designer yang bertanggungjawab membentuk projek ini mengumpulkan semula kaset-kaset lama dan diikat bersama untuk dijadikan sebagai sebuah lampu yang memberi suasana yang nostalgik. Memang sangat cantik dan kreatif. Anda ada koleksi kaset lama? Anda boleh hantar di sini (klik) dan dapatkan semula kaset anda tersebut yang telah diubahsuai menjadi cenderahati. Saya ada banyak lagi koleksi kaset-kaset lama, nak simpan buat kenangan. Heheh.
kaset lama diikat
lampu kaset dengan stand

cassette is not dead project

lampu diperbuat daripada kaset


lampu kaset digantung

kaset hitam putih
sumber dari Yanko Design

artikel berkaitan:

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. wah, cantik. gigih dan kreatif si pembuat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena gigih kalau nak buat benda ni, hehe.

      Delete