Animasi Kucing Bermain Pancaragam Yang Sangat Comel Melampau


Anda sedang bermuram dan tiada mood? Mungkin menonton video yang sangat cute ini akan membantu anda berasa gembira dan menaikkan semula mood anda. Video bergelar 'MitchiriNeko March' ini menampilkan animasi kucing comel pelbagai warna dari Jepun yang bermain pancaragam dan menari bersama.

Apa itu MitchiriNeko? Menurut deskripsi pada video tersebut, MitchiriNeko adalah merupakan makhluk comel berupa kucing yang gemar berkumpul bersama. Bukan sahaja animasi kartun yang dihasilkan adalah sangat comel, malahan muzik yang dimainkan juga sangat catchy dan menggembirakan yang mampu menaikkan mood anda.

Baca lagi: Inikah anak kucing paling comel di dunia?

Selain itu kelakar juga bila melihat telatah sesetengah daripada mereka yang agak nakal dan gemar main-main, seperti makan mee dan bermain gitar terbalik ketika pancaragam, hehe. Tonton video yang comel ini di bawah:


sumber dari Laughing Squid

No comments:

Post a Comment