Baju Besi Untuk Guinea Pig Yang Sangat Cute (6 Gambar)

guinea pig armor suit
Anda mempunyai guinea pig yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan? Kalau ada, mungkin produk ini sangat sesuai untuk anda untuk mempersiapkan guinea pig itu menghadapi peperangan ala-ala kesatria Eropah zaman pertengahan, haha.

Baju besi yang cute khas untuk dipakaikan pada guinea pig ini dilelong di laman eBay oleh seorang pengguna bernama mightysOx. Ianya direka dengan tangan dan pada mulanya dibuat untuk guinea pig peliharaan si pelelong yang bernama Lucky, namun ianya telah mati baru-baru ini.

Baca lagi: Haiwan liar yang berpakaian seperti manusia ala-ala trendy

Untuk mengingati Lucky, mightysOx telah melelong baju besi yang mengambil masa selama beberapa minggu untuk disiapkan ini di laman eBay dan segala hasil jualan akan disalurkan kepada Metropolitan Guinea Pig Rescue di Virginia, sebuah organisasi yang mencari dan menyelamatkan guinea pig terbiar, yang juga merupakan tempat tinggal Lucky sebelum dibela oleh mightsOx.

Bidaan buat masa sekarang sudah mencapai 24, 300 ribu US Dollar! Wah, banyak juga tu.
baju besi untuk guinea pig

belakang badan guinea pig

rekaan baju besi


guinea pig comel
sumber dari eBay via Design Taxi

No comments:

Post a Comment