Gelanggang Sinaran Laser Untuk Bermain Futsal Waktu Malam

gelanggang futsal laser
Mungkin selepas ni untuk bermain futsal di tepi jalan atau di padang tidak perlukan lagi kon, selipar mahupun kasut sebagai penanda garisan? Baru-baru ini Nike memperkenalkan satu konsep baru untuk bermain futsal pada waktu malam dengan menggunakan teknologi moden iaitu penanda garisan dengan laser.

Sistem laser tersebut yang dilengkapi dengan van, sekumpulan crew dan kren memancarkan laser pada atas jalan untuk membentuk imej sebuah gelanggang untuk bermain futsal. Kempen yang diberi nama #mipista ini membolehkan dua pasukan bermain yang terdiri daripada lima orang pemain bagi setiap pasukan.

Baca lagi: Lukisan poster 11 pemain bola sepak sepanjang zaman

Buat masa ini kempen ini hanya dilancarkan di Madrid, Sepanyol, di mana para pemain boleh membuat permintaan mendapatkan servis ini melalui smartphones di enam kawasan kejiranan di bandar tersebut. Kalau ada gelanggang laser seperti ini anda terasa nak main? Jangan-jangan lepas ni bola pun diperbuat daripada laser, haha. Tonton video di bawah untuk ketahui lebih lanjut:



padang laser waktu malam
main futsal waktu malam

mipista nike van
sumber dari Design Boom
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. Bagus ada gelanggang laser futsal. Boleh main dimana-mana asal tidak mengganggu kententeraman awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, batul tu. senang, tak perlukan court.

      Delete