Kerusi Direka Dengan Rak Buku Yang Sangat Selesa

Walaupun dengan perkembangan teknologi internet masa kini, buku masih lagi mendapat tempat terutamanya di kalangan pembaca tegar. Bagi yang gemar membaca buku sambil bersantai di rumah tu, perabot ini mungkin sangat sesuai untuk anda.




Diberi nama OpenBook, kerusi yang dilengkapi dengan rak buku ini direka oleh design studio TILT. Kerusi ini sangat sesuai bagi ruang kediaman yang tidak disediakan atau mungkin tidak cukup ruang untuk menempatkan rak buku. Di samping dapat membaca dalam suasana yang tenang, kerusi ini juga berfungsi sebagai tempat mempamerkan buku atau majalah kegemaran anda.

Antara ciri lain yang menarik adalah ianya direka dengan penebat bunyi untuk memberikan lebih keselesaan. Mungkin akan lebih menarik jika turut disediakan alas untuk meletak laptop.
openlibrary by tilt design studio

kerusi yang direka dengan rak buku

gambar kerusi tanpa buku

bahagian belakang kerusi
sumber dari Contemporist

artikel berkaitan:

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

7 comments: