Kolar Haiwan Kesayangan Bercahaya Yang Cool

kolar haiwan bercahaya
Anda selalu bawa haiwan kesayangan anda keluar berjalan-jalan pada waktu malam? Atau mereka memang jenis kaki keluar malam masing-masing? Produk ini mungkin sangat sesuai untuk anda.

Direka oleh Vincent Pilot NG, seorang designer dari San Francisco ini menampilkan kolar haiwan peliharaan yang bercahaya pada waktu malam. Direka khas untuk haiwan peliharaan anda yang sering keluar malam supaya mereka mudah untuk dilihat oleh pemandu-pemandu kereta yang kadang-kadang tidak perasan akan kehadiran mereka.

Didatangkan dalam dua versi iaitu lampu kelip-kelip dan bercahaya tetap, kolar haiwan ini mampu bertahan selama 75 jam selepas dicaj selama dua jam. Tapi kalau nak dipakaikan dalam rumah pun boleh juga, haha. Ketahui tentang produk ini dengan lebih lanjut melalui laman Kickstarter ini.

kucing pakai kolar

anjing pakai kolar bercahaya
sumber dari HiConsumption

artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment