WTF? Kot Berbulu Diperbuat Daripada Bulu Dada Lelaki (Serius!)

Seriously, wtf? Lepas kot bulu haiwan, agaknya kot diperbuat daripada bulu manusia pula yang akan jadi fashion trend lepas ni. Kot yang diperbuat daripada bulu dada lelaki sepenuhnya ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat tenusu dari UK, Arla.

Tujuan utama kot bulu dada lelaki yang sangat pelik lagi aneh ini dihasilkan adalah untuk mempromosi produk baru dari Arla yang diberi nama Wing-Co, produk susu coklat yang ditarget khas untuk pasaran lelaki. Diberi nama 'Man-Fur Coat', ianya diperbuat daripada lebih sejuta helai bulu dada lelaki, yang saya tak pasti dari mana mereka dapat. Ada permintaan pasaran untuk membeli bulu dada, mungkin.

Arla percaya bahawa golongan lelaki British masa kini sudah kurang sifat kelakian, ditonjolkan melalui dada yang dicukur licin, gaya fesyen yang tidak macho dan juga obsesi melampau terhadap One Direction dan Justin Bieber (ok, yang last ni saya saja-saja tambah sendiri). Mereka percaya dengan memakai kot ini mampu membuatkan golongan lelaki sejati berasa bangga dengan sifat kelakian mereka.

Baca lagi: Stokin kaki wanita berbulu untuk menjatuhkan selera orang ramai

Walaupun konsep kot ini agak aneh dan mungkin menggelikan, namun kot ini datang dengan harga yang sangat mahal, iaitu 3,900 US Dollar sepasang. Agaknya susah untuk mendapatkan bulu dada yang original? Kalau diberi peluang, anda ada terasa nak pakai kot ini? Lepas ni kalau nak tambah sifat kelakian, mungkin mereka akan keluarkan pula seluar dalam yang diperbuat daripada bulu... err, anda tahu kot apa yang saya nak sampaikan, haha.
kot bulu dada lelaki

arla men fur coat
sumber dari Design Taxi

No comments:

Post a Comment