Seorang Lelaki Melelong Jambang Bagi Tujuan Kebajikan

Agaknya menjual jambang juga boleh menjadi satu cabang untuk menjana pendapatan sekarang.

Seorang pengguna laman Reddit, Pauklzorz mendapat idea yang menarik untuk mengumpul dana untuk tujuan kebajikan dengan menjadikan jambang beliau yang lebat sebagai bahan lelongan.







Beliau membuat satu bancian secara online di mana pengguna internet boleh memilih sama ada ingin Pauklzorz mencukur jambang beliau atau terus membelanya selama setahun. Daripada bancian tersebut, beliau berjaya memperoleh dana sebanyak 1,769 euros yang akan disumbangkan kepada seorang ahli keluarga yang memerlukan bantuan bagi kos rawatan perubatan.

Baca lagi: Poster lelaki berjambang lebat yang sangat awesome dan angkuh

Apabila berakhirnya bancian tersebut, beliau memuat naik beberapa siri gambar di laman Imgur yang memaparkan proses beliau ketika mencukur jambang tersebut sehingga botak kepala. Kini beliau kelihatan seolah-olah 20 tahun lebih muda, haha!. Sesiapa yang ada jambang lebat tu mungkin boleh juga buat gimik sebegini untuk membantu orang yang kesusahan.
lelaki lelong jambang

lelaki cukur jambang

lelaki botak bermisai

sumber dari Design Taxi

artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment