Model Sydney Opera House Diperbuat Daripada 3000 Blok Lego

Jika sebelum ini saya pernah paparkan tentang rumah Lego yang bakal dibina di Denmark, kali ini saya nak paparkan tentang updates terbaru mengenai mainan ikonik ini, cuma kali ini ianya dalam bentuk model yang sangat detail dan mengkagumkan.

Model Sydney Opera House yang diperbuat daripada Lego ini terdiri daripada 3000 blok Lego yang menampilkan detail yang sangat rumit dan kompleks. Berukuran 11 inci tinggi dan berkeluasan 25 x 15 inci, model senibina terkenal dunia ini ditambah dengan detail pelabuhan yang mengelilingi bangunan tersebut melalui pengenalan kepingan baseplate berwarna biru terbesar yang pernah dikeluarkan Lego. Ianya turut disertakan dengan blok batu-bata berwarna perang gelap.

Baca lagi: Jam diperbuat daripada Lego yang simple dan cool

Model Lego ini boleh didapati dengan harga 399.99 US Dollar dan akan mula dijual pada awal September. Rasanya berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan model Lego sebesar ni? Tonton video di bawah untuk ketahui lebih lanjut:


sydney opera house lego model

detail view lego model

lego bricks view detail

lego model box package
sumber dari Archdaily

No comments:

Post a Comment