Patung Kertas Yang Cute Di Jalanan Sebagai Tanda Protes (17 Gambar)

Projek seni yang menampilkan patung kertas yang cute di jalanan ini adalah merupakan sebagai reaksi terhadap ketidakstabilan politik yang berlaku di Belarus pada musim luruh tahun 2011 yang lalu.






Digelar sebagai 'negara diktator terakhir di Eropah', Belarus ketika itu yang baru selesai pilihanraya pemilihan presiden pada Disember 2010 menyaksikan keadaan tidak stabil di mana hampir setiap hari penangkapan dibuat, protes aman dan apa-apa sahaja bentuk perhimpunan diharamkan. Keadaan ini menyebabkan Minsk, ibu negara Belarus menjadi lengang.

Sebagai reaksi terhadap ketidak adilan ini, satu projek seni dilancarkan sebagai simbolik untuk mengganti pihak rakyat yang dilarang daripada berhimpun dan menyuarakan pendapat. Digelar sebagai 'Freedom on Paper', patung-patung kertas berbentuk kartun manusia diletakkan di sekitar tempat-tempat ikonik di Minsk dan diambil gambar sebagai usaha untuk memberi inspirasi dan harapan kepada rakyat.

Projek ini mendapat sambutan di mana ramai di kalangan pengikut mereka di Belarus dan negara-negara luar yang mencetak patung kertas tersebut dan mengambil gambar masing-masing di bandar-bandar di sekitar Eropah. Kat negara kita tak nak buat ke? Heheh..

Baca lagi: Patung haiwan kertas dari Mibo yang sangat cute

freedom on paper belarus

patung kertas comel di jalanan

patung kertas belon udara panas


patung kertas basikal di jalan raya



banner musicians paper


patung kertas pemain gitar



proses penghasilan patung kertas


freedom on paper characters in usa


sumber dari Behance

artikel berkaitan:

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment: