Pertarungan Epik Pelumba Basikal Dikejar Burung Terpantas Dunia

Tahun lalu saya pernah paparkan tentang seekor burung helang yang merupakan haiwan terpantas di dunia yang mampu mengatasi kelajuan keretapi peluru. Burung awesome ini bernama peregrine falcon dan kelajuan maksimanya mampu mencapai sehingga 320 kilometer sejam!

Baru-baru ini sebuah program, BBC Earth telah bekerjasama dengan Red Bull (ingat lagi Felix Baumgatner?)  menghasilkan sebuah video awesome yang memaparkan seorang juara dunia pelumba basikal bukit, Gee Atherton berlumba dengan seekor burung helang peregrine falcon menuruni bukit. Atherton, yang membawa bag berisi daging sebagai umpan, mengayuh basikal menuruni sebuah bukit di Antur Stiniog, North Wales  sambil mengelak serangan burung helang tersebut dengan penuh skill.

Baca lagi: Pecah otak! Satu-satunya haiwan yang mampu hidup kekal abadi

Kedua-dua pelumba dan burung tersebut dipasang dengan kamera untuk membuatkan video ini kelihatan lebih epik dan mendebarkan. Akhirnya siapa yang menang? Memang sudah jawapan yang pasti, burung ini lebih laju daripada bullet train kot! Haha. Walaupun begitu, ia memang satu pertarungan yang sangat epik antara manusia dan haiwan. Tonton video tersebut di bawah:



sumber dari Tree Hugger

No comments:

Post a Comment