Prank Kejam Terhadap Wanita Yang Sedang Make-Up Di Bilik Air

Adakah sudah menjadi satu kebiasaan untuk menjadikan golongan wanita sebagai mangsa prank? Sebelum ini dalam blog ini pernah dipaparkan tentang prank seram yang dikenakan terhadap pelanggan salon wanita semata-mata untuk promote filem seram terbaru.



Kali ini prank yang dikenakan terhadap wanita-wanita yang sedang make-up di bilik air ini dimuatkan di dalam iklan terbaru syarikat pengeluar kereta MINI Mexico. Ianya dikeluarkan sebagai memberi kesedaran terhadap golongan wanita yang membahayakan penumpang jalan raya dengan memakai make-up ketika memandu.

Prank tersebut dihasilkan dengan memasang beg udara di dalam bekas sabun di bilik air yang akan meletup apabila mangsa sedang memakai make-up dengan menghadap cermin. Di atas beg udara tersebut dicetak mesej yang berbunyi: "There's a place for everything. Makeup or drive."

Walaupun mesej yang cuba disampaikan adalah berniat baik, namun ianya kelihatan agak berbahaya terhadap mangsa. Macam mana kalau ada yang tercucuk eyeliner atau diserang sakit jantung? Anda rasa bagaimana? Saya rasa ianya agak kejam.



sumber dari Design Taxi

artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment