Rumah Mikro: Konsep Perumahan Masa Hadapan?

Dengan kenaikan harga hartanah, semakin ramai orang yang tidak mampu untuk membeli rumah. Kesannya, seperti di Hong Kong ini, orang ramai terpaksa hidup sesak dalam apartment sempit kerana tidak mampu membayar sewa untuk rumah yang lebih selesa.



Antara langkah untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dengan mereka rumah yang lebih kompak dan minimalistik seperti rumah sempit yang direka dengan bijak di Jepun ini. Di China pula, Studio Liu Lubin telah mereka rumah mikro yang direka khas mengikut spesifikasi keperluan minimum hanya untuk keperluan asas penduduk rumah seperti untuk duduk, berdiri dan baring.

Dipamerkan di Beijing, rumah mikro ini direka dengan fungsi menggabungkan perabot dan elemen senibina menjadi satu. Setiap unit berfungsi sebagai tempat rehat, bekerja, membasuh, memasak dan sebagainya. Unit-unit rumah tersebut pula bukan sahaja mampu berfungsi sebagai sebuah bilik, malahan boleh digabungkan bersama untuk membentuk blok perumahan yang lebih besar.
micro house by studio liu lubin

Dibina menggunakan komposit fiber yang diperkuatkan, rumah ini mudah untuk diangkat dan dipasangkan menggunakan tangan. Dengan semakin berkurangnya tanah untuk didiami dan pertambahan populasi penduduk dunia, tak mustahil konsep rumah mikro ini akan semakin mendapat tempat suatu hari.

Baca lagi: Apartment bersaiz keranda yang sadis di Jepun
bahagian hadapan rumah mikro
 pandangan hadapan
bahagian belakang rumah mikro
 pandangan belakang
bahagian dalam rumah mikro
 bahagian dalam
tandas dalam rumah mikro
 bahagian dalam 2
detail tingkap rumah mikro
 detail
proses penghasilan rumah mikro di china
 proses penghasilan
blok perumahan sesak rumah mikro
 blok perumahan: konsep perumahan masa hadapan?
section

sumber dari Design Boom

artikel berkaitan:

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment:

  1. fuh, idea mereka ni
    siapa yang kemudian dapat bahagian atas
    hehe

    ReplyDelete