Spray Ajaib Yang Mampu Menghalang Apa-Apa Permukaan Dimasuki Air

Ok, ini memang merupakan satu produk yang saya sangat excited untuk paparkan kali ini. Walaupun dengan kecanggihan teknologi hari ini terutamanya dalam bidang elektronik, namun terdapat satu kelemahan besar bagi alat-alat ini, iaitu mudah rosak apabila dimasuki air.

Dengan spray bernama NeverWet keluaran Rust-Oleum ini, anda tak perlu risau jika smartphones anda rosak dimasuki air kerana produk ini mampu menjadikan apa-apa sahaja permukaan kedap air. Spray yang dihasilkan oleh Ross Nanotechnology ini mampu menghalang air daripada memasuki apa-apa permukaan dan setelah sekian lama dalam proses research and development, spray ini boleh didapati oleh orang ramai dengan harga 20 US Dollar sebotol.

Spray NeverWet ini boleh digunakan dalam apa-apa sahaja permukaan, tidak terhad kepada alat-alat elektronik sahaja dan bukan sahaja mampu menghalang air, malahan apa jua jenis lembapan seperti lumpur mahaupun ais. Proses coating pada permukaan harus dilakukan dalam dua proses, seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah.



Walaupun ianya agak mahal (sebotol spray hanya cukup untuk keluasan 10-15 kaki persegi), mungkin kurang sesuai jika melibatkan industri dan projek-projek besar seperti construction contohnya, namun ianya mempunyai banyak aplikasi. Contohnya melindungi alat elektronik, menghalang permukaan daripada karat, melindungi dinding daripada contengan dan juga melindungi pakaian daripada basah, seperti yang didemonstrasikan dalam video di atas.

Baca lagi: Kenapa kita tidak boleh menghasilkan air

Walaupun dengan pengenalan produk seperti ini adalah sangat mengujakan, namun bagi saya terdapat juga beberapa persoalan yang mungkin perlu dititik beratkan. Antaranya, berapa lama setiap coating mampu bertahan, kesan kepada alam sekitar, cara untuk menanggal coating tersebut dan adakah ianya mampu bertahan daripada kesan cuaca.

Apa-apa pun, ianya tetap satu idea yang mengujakan. Kalau anda ada produk seperti ini, apakah yang akan anda lakukan? Kalau saya pastilah akan eksperimen dengan semua benda, hehe.

sumber dari Inhabitat
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment: