Stoking Kaki Wanita Berbulu Untuk Menjatuhkan Selera Orang Ramai

Wanita yang seksi dan berpakaian mendedahkan memang menjadi kegemaran lelaki terutamanya yang kaki pervert dan miang-miang. Tapi tak dinafikan wanita yang menutup aurat atau berpakaian sopan juga malangnya turut menjadi mangsa.





Di China, salah satu cara yang unik untuk mengatasi masalah lelaki pervert ini adalah stoking khas untuk wanita yang menyerupai kaki berbulu lebat, yang pastinya mampu menjatuhkan selera mana-mana lelaki yang memandangnya, kecuali bagi yang mempunyai fetish yang luar dari norma, haha. Seorang pengguna Sina Weibo (laman yang menyerupai Twitter di China) telah memuat naik gambar stoking ini dan mendapat perhatian ramai.

Caption bagi gambar tersebut tertulis: "Super sexy, summertime anti-pervert full-leg-of-hair stockings, essential for all young girls going out". Masih tidak pasti sama ada stoking ini untuk dijual ataupun tidak. Bagi wanita Islam pasti cara yang lebih baik adalah dengan menutup aurat, tapi ada ke siapa-siapa yang sanggup nak pakai stoking ni? Haha.
stoking berbulu
sumber dari Mashable

No comments:

Post a Comment