Stuntman Mati Tersangkut Ketika Cubaan Pecah Rekod Dunia

Untuk memecahkan rekod dunia dan meletakkan nama mereka dalam buku Guiness world record, ramai orang sanggup buat apa-apa sahaja, kadang-kadang sampaikan benda-benda pelik yang tak masuk akal.

Ada yang berjaya, ramai juga yang gagal namun paling menyedihkan apabila nyawa turut melayang seperti seorang stuntman dari India ini.


Seorang stuntman yang juga merangkap anggota polis, Sailendra Nath Roy, 49 tahun dari India cuba memecahkan rekod dunia dengan menyeberangi Sungai Teesta menggunakan rambut beliau yang diikat pada wayar. Namun malangnya cubaan beliau menyeberangi sungai dari ketinggian 600 kaki itu berakhir dengan tragedi ngeri apabila mati akibat tersangkut di pertengahan wayar.

Baca lagi: Perkampungan tenggelam ditelan bumi di India

Ratusan penonton yang mulanya memberi sorakan berubah menjerit dalam ketakutan apabila Sailendra tersangkut dan cuba sedaya upaya untuk bergerak. Kira-kira 20 minit selepas berhempas-pulas melepaskan diri, beliau kelihatan tidak lagi bergerak dan kemudiannya diselamatkan oleh penduduk setempat.
stuntman mati tersangkut

Tiada doktor mahupun ambulans disediakan ketika cubaan tersebut berlangsung. Selepas dikejarkan ke sebuah hospital di Siliguri, 450 kilometer dari tempat kejadian, beliau disahkan mati akibat serangan sakit jantung.

Rasa-rasanya berbaloi ke menggadaikan nyawa semata-mata untuk memecahkan rekod yang ramai orang tak kisah pun?

Baca lagi: Kisah sedih budak 6 tahun tinggal seorang dipulau masyarakat akibat HIV

Sumber dari The Telegraph

No comments:

Post a Comment