Iklan Menampilkan Luis Suarez Yang Sangat Lawak

Ah, Luis Suarez.. Pastinya kebanyakan peminat Liverpool sekarang agak bengang juga dengan mamat ni disebabkan tension akibat komen yang dibuat beliau baru-baru ini yang ingin berhijrah ke kelab lain (saya juga, haha!). Walaupun begitu, mungkin selepas menonton iklan yang menampilkan Suarez ini pandangan anda akan berubah buat seketika.

Skuter Mesra Alam Yang Sangat Cool


Sebelum ini saya pernah paparkan tentang skuter elektrik dengan rekaan unik boleh dilipat menjadi beg. Kali ini saya ingin paparkan mengenai skuter elektrik juga cuma yang ini rekaannya lebih cool dan menarik. Direka oleh Waarmakers, skuter elektrik yang diberi nama "Be.e" ini dikatakan antara skuter paling mampan di dunia.

Peluh Dikitar Semula Yang Boleh Diminum, Sanggup?

Rasanya ramai di antara kita yang pernah tertelan peluh sendiri, tapi sanggupkah anda minum peluh anda seperti minum air kosong? Untuk menimbulkan kesedaran mengenai kekurangan air bersih untuk diminum di seluruh dunia, UNICEF telah bekerjasama dengan Gothia Cup dan juga agensi kreatif dari Stockholm, Deportivo, untuk menghasilkan mesin peluh pertama di dunia.

Lukisan 3D Menakjubkan Yang Seolah-olah Tersembul Dari Kertas (12 Gambar)

Sekarang ini memang ramai pelukis yang boleh menghasilkan lukisan 3D yang benar-benar menarik hanya dengan menggunakan pensil dan kertas tapi saya rasa lukisan 3D yang dihasilkan oleh Alessandro Diddi ini antara paling menakjubkan pernah saya lihat setakat ini.

Pembakar Roti Berbentuk Volkswagen Minibus Yang Sangat Comel (8 Gambar)

Anda bosan dengan rekaan pembakar roti anda yang sangat plain dan tidak mengujakan? Mungkin pembakar roti dengan rekaan berbentuk Volkswagen Minibus ini menjadi pilihan anda. Dikeluarkan khas untuk Volkswagen Japan, pembakar roti ini bukan sahaja mempunyai design yang unik dan cute, malahan ianya akan membakar roti anda supaya terdapat logo 'VW' di tengah-tengahnya.

Rumah Minimalis Dibina Dengan 4 Buah Menara (8 Gambar)

Rumah minimalis dengan rekaan yang unik ini direka oleh Edward Ogosta Archiecture. Terletak di Coachella Valley, Calfiornia, ciri yang menarik perhatian pada rumah ini adalah pada binaannya yang menampilkan empat buah menara di setiap sudut, bersesuaian dengan nama yang diberi, Four Eyes House.

Pulau Babi: Pulau Yang Dipenuhi Dengan Babi Berenang

Pulau babi.

Ok, saya rasa dua perkataan di atas sudah cukup untuk menimbulkan rasa pelik dan kagum apabila mendengarnya. Walaupun pelik, namun pulau ini benar-benar wujud di sebuah kepulauan di Bahamas. Apa yang lebih pelik ialah, pulau ini tidak didiami oleh manusia, dan yang lebih pelik lagi, babi-babi liar di sini terkenal dengan kebolehan mereka yang mampu berenang di dalam laut.

Seni Gergasi Yang Dihasilkan Di Atas Sawah Padi (12 Gambar)

Tahukah anda apa itu seni Tanbo? Seni Tanbo merupakan satu hasil seni dari Jepun di mana pelbagai variasi padi dari segi jenis dan warna ditanam untuk membentuk satu imej gergasi di atas sawah padi. Kiranya macam crop circle, cuma yang ini di atas sawah padi, dan ianya dihasilkan sendiri oleh manusia instead of aliens, haha.

22 Tempat Menakjubkan Yang Anda Takkan Percaya Wujud Di Dunia

Walau betapa mahal dan megah sekalipun sesuatu bangunan dibangunkan, walau betapa tinggi sekalipun sesuatu menara ditegakkan, yang pasti tiada satu pun yang dapat menandingi keindahan alam semulajadi. Dengan banyaknya tempat-tempat indah dan menakjubkan di seluruh dunia, memang mustahil bagi kita untuk jelajah satu-persatu.

Bungkusan Makanan Kreatif Untuk Elak Dicuri

Anda fed-up makanan anda dalam peti sejuk sering dirembat oleh housemates atau family anda? Atau mungkin anda mempunyai anak-anak di sekolah yang bekal makanan mereka sering dirembat oleh rakan-rakan kaki buli? Mungkin produk bungkusan makanan yang unik ini sesuai untuk anda.

Illustrasi Watak Dragon Ball Yang Sangat Creepy


Pasti anda semua sudah sedia kenal dengan watak-watak dari komik Jepun popular, Dragon Ball hasil Akira Toriyama. Memang sudah banyak fan art yang dihasilkan yang boleh kita lihat di internet, tapi hasil illustrasi dari Leslie Van den Broeck ini saya rasa antara yang paling creepy.

Lukisan Watercolor Pemandangan Bandaraya Serata Dunia Yang Menarik

Masa sekolah dulu ketika kelas seni rasanya pasti ramai yang pernah guna watercolor untuk menghasilkan lukisan mengikut arahan cikgu. Watercolor jika digunakan dengan betul mampu menghasilkan lukisan yang bukan sahaja menarik, malahan unik seperti lukisan pemandangan yang dihasilkan seorang artist dari Russia bernama Elena Romanova ini.

66 Tahun Hidup, Seorang Lelaki Baru Sedar Dia Sebenarnya Seorang Wanita

gambar hiasan
Bayangkan anda sudah hidup berpuluh tahun sebagai seorang lelaki (ataupun perempuan), kemudian apabila sudah menjangkau lanjut usia, baru anda sedar sebenarnya identiti anda selama ini adalah sebagai seseorang yang mempunyai jantina berlainan. Apa yang anda rasa, krisis indentiti? Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Hong Kong ini.

Rumah Moden Dengan Rekaan Rasuk Terjulur Di Tokyo (19 Gambar)

Rasuk terjulur (cantilever) adalah merupakan rekaan struktur di mana satu-satu rasuk hanya disokong pada satu bahagian dan menanggung beban pada hujung yang lain. Contoh yang paling mudah adalah papan anjal yang digunakan untuk sukan diving. Bagi struktur binaan pula, saya pernah tampilkan contoh sebelum ini melalui entri gabungan restoran McDonald dan stesyen minyak di Georgia.

21 Foto Mengagumkan Dari Pertandingan Fotografi National Geographic 2013

Pada tahun lepas saya pernah paparkan mengenai 20 fotografi menakjubkan dari pertandingan foto National Geographic. Pada tahun ini pertandingan sama juga dianjurkan oleh National Geographic di mana para peserta akan menghantar fotografi terbaik mereka untuk diadili dan diiktiraf sebagai pemenang.

Lampu Unik Berbentuk Otak Manusia

Pernah tak anda menonton satu-satu kartun di mana apabila salah seorang wataknya tiba-tiba mendapat sesuatu ilham atau idea, akan ada muncul lampu bercahaya di sebelah kepala mereka? Agaknya dari situlah datangnya ilham sebuah design studio, Solovyovdesign untuk mereka lampu unik berbentuk otak manusia ini.

Illustrasi Model 3D Ruang Kediaman Yang Sangat Realistik (15 Gambar)

Illustrasi model dalam bentuk 3D adalah sangat membantu terutamanya kepada engineer, arkitek dan interior designer dalam mereka sesebuah bentuk bangunan mahupun dekorasi di dalamnya. Ianya memberi gambaran yang lebih realistik dan detail berbanding dengan lukisan pelan dan pembinaan model berskala.

Perayaan Mercun Dan Bunga Api Terbesar Di Dunia (15 Gambar)


Dengan semakin dekatnya bulan Ramadan terutamanya menjelang hari raya nanti, maka semakin meriahlah malam-malam yang dibingitkan dengan bunyi dentuman mercun dan bunga api. Tapi mungkin tak semeriah perayaan mercun dan bunga api yang dikatakan sebagai perayaan terbesar seumpamanya di dunia ini.

15 Gambar Yang Anda Takkan Percaya Adalah Benar

Dengan perkembangan teknologi manipulasi gambar terutamanya teknik photoshop kebelakangan ini, semakin sukar untuk kita percaya satu-satu gambar yang bertebaran di internet adalah benar. Kita menjadi begitu skeptik, hinggakan gambar yang betul-betul real pun ada juga yang sangsi terhadap kesahihan gambar tersebut.

Hoodie Berbentuk Baju Perisai Yang Awesome (14 Gambar)

Anda bosan dengan design hoodie anda yang plain yang selalu dipakai waktu malam terutamanya ketika lepak dengan rakan-rakan di kedai mamak? (hanya douchebag yang pakai hoodie siang-siang hari di bawah panas terik matahari cuaca di Malaysia). Mungkin hoodie dengan design yang unik lagi awesome ini sangat sesuai untuk anda.

11 Sebab Kenapa Jambang Menjadikan Anda Seorang Yang Cool (Lawak)

Memiliki jambang merupakan sesuatu yang bersifat lelaki sejati dan mengangkuhkan diri. Ramai manusia hebat dan tokoh-tokoh berpengaruh dunia sepanjang zaman memiliki jambang, jadi tak hairanlah apabila ramai orang mengaitkan jambang dengan profession hebat-hebat seperti saintis mahupun professor univeriti.

Metallica Akan Beraksi Di Malaysia!

Berita baik buat peminat Metallica di Malaysia! Buat pertama kalinya dalam sejarah, band Metal legenda dari Amerika ini akan bermain buat pertama kalinya di Malaysia pada Ogos ini dalam siri jelajah Asia mereka.

Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia (8 Gambar)

Rasanya ini satu-satunya kolam renang di dunia yang memerlukan anda memakai kelengkapan menyelam di dalamnya. Mempunyai kedalaman sehingga 34.5 meter, kolam renang yang diberi nama Nemo 33 ini adalah merupakan kolam renang paling dalam di dunia.

Pemain Gitar Paling Pemarah Di Dunia (Tapi Sangat Lawak)

Pernah tak anda cuba untuk belajar sesuatu bersungguh-sungguh tapi walaupun berapa kali cuba pun masih tak dapat-dapat, seperti belajar main instrument muzik contohya? Kalau pernah, apa yang anda rasa? Ada rasa macam lelaki yang belajar main gitar dalam video di bawah ni?

20 Gambar Anak Haiwan Yang Tersangat Comel Lagi Cute

anak kucing comel
Hampir kesemua jenis haiwan yang hidup di muka bumi memang sangat comel-comel dalam peringkat bayi ataupun yang masih anak-anak lagi. Walaupun haiwan ganas seperti buaya, harimau, singa dan lain-lain lagi pun kelihatan sangat cute dan innocent ketika mereka masih kecil.

Sushi Unik Berbentuk Kereta Kebal

Bagi sesetengah orang terutamanya peminat sushi, ini mungkin kereta kebal paling sedap pernah dihasilkan. Sushi unik berbentuk kereta kebal ini dihasilkan oleh sebuah restoran di Jepun bernama Kurisakiya.

Hasil Illustrasi Hot Dari Evan Lee (20 Gambar)

Jika anda pernah baca, sebelum ini saya pernah paparkan mengenai illustrasi Iron Girl, di mana salah satu hasil illustrasi awesome terebut adalah hasil karya seorang illustrator bernama Evan Lee. Tertarik dengan karya illustrator berbakat ini, saya teringin untuk paparkan lebih banyak artwork beliau yang hot ini.

Rumah Moden Jepun Yang Dibina Mengelilingi Taman (11 Gambar)

Sebelum ini saya pernah paparkan beberapa rekaan rumah moden di Jepun yang unik dan menarik. Antaranya adalah rumah sempit yang direka dengan bijak, rumah lutsinar dan juga apartment kecil yang bersaiz hanya sebesar keranda. Kali ini saya ingin tampilkan juga mengenai rekaan rumah moden Jepun. Uniknya rumah ini dibina mengelilingi taman.

FAIL: Disangkakan Pelembap Bibir, Wanita Tergam Mulut Sendiri

Ok, ini memang adalah sangat fail. Seorang wanita berusia 64 tahun dari New Zealand yang pada mulanya ingin melembapkan bibir beliau dengan menggunakan lip gloss, namun akhirnya bertukar tragedi apabila akhirnya terpaksa menghubungi talian kecemasan dengan suara meneran akibat tergam mulut sendiri.

Wanita tersebut yang terbangun pada lewat malam merasakan bibir beliau kering dan ingin mendapatkan pelembap bibir sambil teraba-raba dalam gelap. Namun malangnya bukan pelembap bibir yang dicapai, tetapi secara tidak sengaja terambil gam dan terus disapu ke mulut beliau.

Baca lagi: Pemburu tertembak teman wanita yang disalah anggap babi liar

Akibatnya boleh kita agak seperti gelagat di dalam cerita kartun yang lawak tapi malangnya ini bukan cerita kartun dan wanita tersebut akhirnya terpaksa dirawat di hospital. Malangnya tiada gambar yang dapat diambil, kalau tidak, pasti akan lebih epik, hehe.

sumber dari Dumb As A Blog