66 Tahun Hidup, Seorang Lelaki Baru Sedar Dia Sebenarnya Seorang Wanita

gambar hiasan
Bayangkan anda sudah hidup berpuluh tahun sebagai seorang lelaki (ataupun perempuan), kemudian apabila sudah menjangkau lanjut usia, baru anda sedar sebenarnya identiti anda selama ini adalah sebagai seseorang yang mempunyai jantina berlainan. Apa yang anda rasa, krisis indentiti? Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Hong Kong ini.

Kes yang digambarkan sebagai antara diagnosis paling menggemparkan dalam sejarah perubatan ini terjadi kepada seorang lelaki berusia 66 tahun yang lahir di Vietnam apabila beliau menjalani pemeriksaan doktor di Hong Kong. Mengikut laporan Hong Kong Medical Journal, punca pesakit tersebut mendapat penyakit ini adalah disebabkan oleh dua penyakit genetik yang jarang berlaku iaitu salah satunya adalah Turner Syndrome, yang menyebabkan kemandulan.

Satu lagi penyakit adalah congenital adrenal hyperplasia, yang menyebabkan paras hormon lelaki yang sangat tinggi, mengakibatkan penampakan ciri-ciri lelaki pada seorang wanita seperti tumbuh janggut dan ketumbuhan zakar yang kecil ataupun digelar 'micropenis'. Pesakit tersebut yang hanya berketinggian 1.37 meter, mungkin tidak menyedari dirinya adalah seorang wanita jika tidak kerana pemeriksaan doktor tersebut.

Baca lagi: Seorang lelaki China mati selepas berjaga 11 malam demi EURO

Seperti cerita dalam drama bersiri House, kombinasi dua penyakit tersebut adalah tersangat jarang. Hanya enam kes seumpamanya pernah direkodkan selama ini. Bayangkan jika perkara sebegini terjadi kepada anda, tak ke haru, haha.

sumber dari Weird Asia News

No comments:

Post a Comment