Peluh Dikitar Semula Yang Boleh Diminum, Sanggup?

Rasanya ramai di antara kita yang pernah tertelan peluh sendiri, tapi sanggupkah anda minum peluh anda seperti minum air kosong? Untuk menimbulkan kesedaran mengenai kekurangan air bersih untuk diminum di seluruh dunia, UNICEF telah bekerjasama dengan Gothia Cup dan juga agensi kreatif dari Stockholm, Deportivo, untuk menghasilkan mesin peluh pertama di dunia.

Baca lagi: Pad seluar dalam penyahbau untuk mengurangkan bau kentut

Mesin ini berfungsi untuk mengitar semula air peluh dari pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut, dan membersihkan peluh tersebut supaya ianya boleh diminum. Idea dan konsep ini memang agak menarik, tapi sanggup ke nak minum? Lepas ni selepas habis main bola boleh lah tanggal baju anda yang basah dengan peluh tu dan masukkan ke dalam mesin ni.

Tonton video:

minum air peluh
tahap jijik aksi ini digambarkan melalui ekspresi lelaki berbaju hitam (tengah) yang melihat dari jauh
sumber dari Design Taxi
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 comments:

  1. Mesin ni mesti dah ada sistem untuk buang kandungan yang tak diperlukan dalam air peluh.
    X kan la air masin nk diberi pd kanak2...
    Jijik tu disebabkan mereka terbayang mereka minum air peluh mereka sendiri.

    ReplyDelete