Metallica Akan Beraksi Di Malaysia!

Berita baik buat peminat Metallica di Malaysia! Buat pertama kalinya dalam sejarah, band Metal legenda dari Amerika ini akan bermain buat pertama kalinya di Malaysia pada Ogos ini dalam siri jelajah Asia mereka.

Disahkan melalui laman web dan juga Twitter rasmi mereka, konsert tersebut akan berlangsung pada 21 Ogos di Stadium Merdeka, tiga hari sebelum meneruskan siri jelalah mereka ke Singapura. Tiket boleh mula didapati pada 6 Julai ini mulai 11.30 pagi di Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan juga boleh dibeli secara online melalui www.ticketcharge.com.my dan www.galaxy.com.my, mulai jam 10 pagi pada hari Isnin, 8 Julai.
metallica beraksi di malaysia
Metallica ni adalah band paling saya minat masa zaman sekolah rendah dulu, tapi kebelakangan ni dah jarang layan lagu mereka sebab macam dah kurang sikit, haha. Diharapkan mereka akan lebih banyak memainkan lagu-lagu zaman Thrash mereka terutamanya album keempat terawal. Sementara tu layan dulu The Four Horsemen!



sumber dari Astro Awani
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment: