Perayaan Mercun Dan Bunga Api Terbesar Di Dunia (15 Gambar)


Dengan semakin dekatnya bulan Ramadan terutamanya menjelang hari raya nanti, maka semakin meriahlah malam-malam yang dibingitkan dengan bunyi dentuman mercun dan bunga api. Tapi mungkin tak semeriah perayaan mercun dan bunga api yang dikatakan sebagai perayaan terbesar seumpamanya di dunia ini.

Perayaan yang berlangsung setahun sekali pada minggu pertama bulan Mac ini dianjurkan di sebuah tempat di Mexico yang bernama Tultepec, kira-kira sejam perjalanan dari Mexico City. Tahukah anda, Tultepec terkenal sebagai hub industri mercun dan bunga api, menghasilkan lebih daripada 80 peratus keseluruhan bunga api di Mexico dan kira-kira 80 peratus penduduk di bandar itu bekerja di dalam industri ini. Kiranya ini adalah destinasi idaman bagi peminat mercun dan bunga api jugalah.

Baca lagi: Sukan tradisional yang pelik, gusti unta di Turki

Perayaan ini dianjurkan bersempena mengingati San Juan de Dios, seorang patron saint di bandar tersebut. Antara acara utama yang dinanti-nantikan ketika perayaan ini adalah Running of the Toros, di mana 250 buah binaan kayu berbentuk lembu dipasang bersama 4000 bunga api akan berarak di tengah bandar, dan orang ramai akan menghampiri perarakan tersebut sehampir yang boleh selagi tidak mencederakan diri.
perayaan bunga api terbesar dunia
Dengan melihat gambarnya sahaja sudah kita dapat jangka perayaan ini adalah agak berbahaya, jadi tak menghairankan apabila setiap tahun akan ada beberapa ratus pengunjung yang akan cedera, dan terdapat satu kematian pada tahun 2010 (pertama kali direkodkan sejak beberapa dekad). Tak syoklah kalau hanya main mercun di laman rumah, ini baru ekstrem! Haha. Jom lihat lebih banyak gambar yang diambil oleh seorang jurugambar dari New York yang bernama Thomas Prior ini.
biggest firework festival


main mercun ramai-ramai


pengunjung mengelak percikan bunga api

lari dari percikan mercun







setelah tamat festival bunga api
sumber dari Fast CoDesign

No comments:

Post a Comment