Rumah Minimalis Dibina Dengan 4 Buah Menara (8 Gambar)

Rumah minimalis dengan rekaan yang unik ini direka oleh Edward Ogosta Archiecture. Terletak di Coachella Valley, Calfiornia, ciri yang menarik perhatian pada rumah ini adalah pada binaannya yang menampilkan empat buah menara di setiap sudut, bersesuaian dengan nama yang diberi, Four Eyes House.

Rumah ini direka bertujuan sebagai tempat berisiti rehat buat ahli keluarga pada hujung minggu. Empat buah menara pada rumah ini berfungsi sebagai tempat tidur ataupun 'sleeping towers' dan menyediakan empat pemandangan landskap berbeza bagi setiap menara; matahari terbit waktu pagi di menara timur, pemandangan gunung di menara selatan, pemandangan bandar waktu petang di menara barat, dan pemandangan bintang pada waktu malam di menara utara.

Baca lagi: Rumah moden dengan rekaan rasuk terjulur di Tokyo

Setiap ahli keluarga boleh menukar setiap menara mengikut personaliti dan kegemaran masing-masing. Keempat-empat buah menara itu pula disambungkan pada tingkat bawah yang menempatkan ruang tamu.
rumah minimalis
pintu masuk

ruang tamu tingkat bawah
ruang tamu tingkat bawah

bahagian dapur dan ruang tamu
dapur dan ruang tamu

bahagian dalam rumah minimalis
(kiri) pemandangan ruang tamu, (kanan) bilik tidur

bilik tidur dalam menara
bilik tidur dalam menara

pemandangan rumah pada waktu malam
pandangan luar pada waktu malam

pandangan tapak rumah minimalis
pandangan tapak
sumber dari Design Boom
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment:

  1. Apakata kalau tuan paparkan reka bentuk rumah-rumah kediaman (di kota) biasa masyarakat Islam di timur tengah, juga konsep kejiranan mereka sebagai perbandingan dengan corak reka bentuk rumah di Malaysia.

    ReplyDelete