Rumah Moden Jepun Yang Dibina Mengelilingi Taman (11 Gambar)

Sebelum ini saya pernah paparkan beberapa rekaan rumah moden di Jepun yang unik dan menarik. Antaranya adalah rumah sempit yang direka dengan bijak, rumah lutsinar dan juga apartment kecil yang bersaiz hanya sebesar keranda. Kali ini saya ingin tampilkan juga mengenai rekaan rumah moden Jepun. Uniknya rumah ini dibina mengelilingi taman.

Rumah kecil yang terletak di daerah Yamaguchi ini diberi nama House J dan direka oleh Keiko Maita Architect Office. Seperti juga rekaan rumah moden yang pernah saya paparkan sebelum ini, saiz rumah ini adalah agak sempit disebabkan lot tanah yang terhad di Jepun. Ianya mempunyai tiga tingkat yang di mana setiap tingkat dibina mengelilingi taman di dalam rumah.

Pada bahagian bumbung rumah pula disediakan open space di mana penghuni boleh naik ke atas dan menikmati pemandangan taman di bahagian bawah ataupun melihat pemandangan sekeliling. Pada tingkat bawah pula disediakan bilik tidur, dapur, ruang makan dan juga akses untuk memasuki taman. Seperti juga rekaan rumah sempit yang lain, akses ke tingkat atas adalah melalui tangga yang mungkin agak sukar untuk dinaiki terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan warga emas.
modern Japanese house with interior garden
open space pada bahagian bumbung

taman dalam rumah
pemandangan dari dalam taman

pintu masuk ke dalam taman
pintu masuk ke dalam taman

second floor terrace
open space pada tingkat dua
dapur di tingkat dua
dapur di tingkat dua

bilik tidur tingkat tiga
bilik tidur di tingkat tiga

house interior garden
pandangan dari bahagian bawah taman

pandangan dari bumbung

pandangan dari luar rumah
pandangan dari luar rumah

keiko maita architect office house
sumber dari Design Milk
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 comment: