Rumah Moden Dengan Rekaan Rasuk Terjulur Di Tokyo (19 Gambar)

Rasuk terjulur (cantilever) adalah merupakan rekaan struktur di mana satu-satu rasuk hanya disokong pada satu bahagian dan menanggung beban pada hujung yang lain. Contoh yang paling mudah adalah papan anjal yang digunakan untuk sukan diving. Bagi struktur binaan pula, saya pernah tampilkan contoh sebelum ini melalui entri gabungan restoran McDonald dan stesyen minyak di Georgia.

Kali ini saya nak paparkan mengenai sebuah rumah moden di Tokyo yang juga menggunakan konsep rekaan struktur yang sama seperti yang diterangkan di atas. Direka oleh Apollo Architects and Associates, rumah dengan rekaan rasuk terjulur ini diberi nama Tepe, yang bermaksud bukit dalam bahasa Turki. Seperti namanya, rumah ini dibina di atas kawasan berbukit dan menjadi bangunan simbolik di kawasan tersebut.

Baca lagi: Rumah moden Jepun yang dibina mengelilingi taman

Antara ciri menarik pada rumah ini adalah bahagian balkoni dan tingkat atasnya yang dibina di atas rasuk terjulur, memberi suasana seolah-olah ianya terapung di atas udara. Selain daripada itu, kebanyakan ciri yang terdapat pada rumah ini adalah hampir sama dengan kebanyakan rekaan rumah moden seperti yang anda boleh lihat melalui gambar-gambar di bawah.
tepe house in tokyo

rumah dengan rasuk terjulur

bahagian tangga luar rumah

ruang tamu tingkat bawah

ruang tamu dengan tangga ke tingkat atas

tangga ke tingkat atas


bahagian luar rumah



balkoni tingkat atas






bilik tidur kanak-kanak

bilik mandi
sumber dari Design Boom

No comments:

Post a Comment