FAIL: Disangkakan Pelembap Bibir, Wanita Tergam Mulut Sendiri

Ok, ini memang adalah sangat fail. Seorang wanita berusia 64 tahun dari New Zealand yang pada mulanya ingin melembapkan bibir beliau dengan menggunakan lip gloss, namun akhirnya bertukar tragedi apabila akhirnya terpaksa menghubungi talian kecemasan dengan suara meneran akibat tergam mulut sendiri.

Wanita tersebut yang terbangun pada lewat malam merasakan bibir beliau kering dan ingin mendapatkan pelembap bibir sambil teraba-raba dalam gelap. Namun malangnya bukan pelembap bibir yang dicapai, tetapi secara tidak sengaja terambil gam dan terus disapu ke mulut beliau.

Baca lagi: Pemburu tertembak teman wanita yang disalah anggap babi liar

Akibatnya boleh kita agak seperti gelagat di dalam cerita kartun yang lawak tapi malangnya ini bukan cerita kartun dan wanita tersebut akhirnya terpaksa dirawat di hospital. Malangnya tiada gambar yang dapat diambil, kalau tidak, pasti akan lebih epik, hehe.

sumber dari Dumb As A Blog

No comments:

Post a Comment