Mangkuk Maggi Khas Untuk Yang Forever Alone

Anda merupakan seorang jejaka/gadis kesepian yang sering makan sorang-sorang tanpa teman, atau dalam kata lain, forever alone?

Atau mungkin anda memang jenis yang suka makan seorang diri tak suka ada orang kacau?



Mangkuk khas untuk forever alone ini mungkin sesuai untuk menjadi peneman anda ketika makan. Mangkuk maggi atau mangkuk ramen ini direka khas oleh Misosoup Design, di mana ciri istimewanya ialah ianya disediakan dengan pemegang khas untuk meletak iPhone dan memudahkan anda berinteraksi dengan iPhone anda ketika makan maggi sorang-sorang.

Mungkin ini idea yang agak unik jika anda memang seorang yang tak boleh berenggang dengan phone 24 jam tapi kalau kata nak menjadi peneman ketika makan tu, mungkin tak berapa nak sesuai. Lagipun macam mana pula kalau percikan kuah terkena skrin phone ketika menghirup maggi, tak ke haru.

mangkuk-maggi-untuk-orang-kesepian
mangkuk-maggi-pemegang-iphone
Sumber dari Design Taxi

Artikel Berkaitan:

Khairil Faizul

Mahasiswa, pengendali blog kfeinblog.com

8 ulasan:

  1. kreatif, siap ada tempat letak telefon lagi =D

    BalasPadam
  2. tapi design dia simple but nice...

    BalasPadam
  3. aku suka dengan bentuk ni
    walau bukan untuk letak iphone
    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau muat bolehla letak phone lain kot. haha.

      Padam
  4. cool... nie nak makan ke mghadap phone jer nih...

    BalasPadam

Instagram