Hanya Di Dubai: Kereta Polis Mewah Jenama Lamborghini

kereta polis lamborghini di dubai
Sebelum ini saya pernah paparkan tentang 10 kereta polis paling gempak di dunia, di mana antara kereta mewah yang digunakan sebagai kenderaan polis ialah Jaguar, Lamborghini, Porsche dan sebagainya.

Kali ini saya nak cerita tentang perkara yang sama cuma ianya berlaku di Dubai.

Dubai ni seperti kebanyakan daripada kita sedia maklum, memang mewah tempatnya. Jadi tak pelik rasanya jika dikhabarkan polis di sana baru-baru ini menggunakan kereta mewah jenis Lamborghini sebagai kenderaan polis. Kereta yang beru digunakan ini ialah jenis Lamborghini Aventador berwarna putih dan hijau.

bahagian sisi kereta polis lamborghini
Antara tujuan utama kereta mewah ini digunakan ialah untuk mempertingkatkan polis dari segi mengawal jalan raya, selain daripada untuk menepati status Dubai sebagai bandaraya mewah. Kereta yang berharga 550, 000 US Dollar ini telah diubahsuai supaya ianya sesuai digunakan untuk meronda lebuh raya dan lebih mudah untuk mengejar pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju.

Jadi anda rasa sesuai atau tidak kereta Lamborghini semewah ini digunakan sebagai kenderaan polis? Tapi satu perkara yang menjadi tanda tanya ialah, kereta ini hanya mempunyai dua tempat duduk, jadi macam mana pula pihak polis nak bawa pesalah ke balai polis? Hmm.

pandangan hadapan kereta polis lamborghini
sumber dari TIME

Khairil Faizul

Mahasiswa, pengendali blog kfeinblog.com

2 ulasan:

Instagram