Struktur Kayu Terbesar Di Dunia Dengan Rekaan Sangat Menakjubkan


Walaupun struktur binaan daripada kayu yang satu masa dahulu digunakan dengan cukup meluas telah diganti dengan pelbagai alternatif lain seperti konkrit, keluli, batu-bata dan sebagainya, namun ianya masih mendapat perhatian disebabkan sifat-sifatnya yang unik yang tidak terdapat pada bahan binaan lain.

Sebelum ini saya pernah paparkan tentang bangunan terbesar di dunia yang bakal dibuka di China, tapi apakah pula struktur binaan terbesar yang dibina daripada kayu? Ianya adalah Metropol Parasol yang terdapat di Seville, Sepanyol ini. Direka oleh arkitek dari German, Jurgen Mayer-Hermann, struktur kayu yang berbentuk seperti pokok ini mempunyai ketinggian setinggi 26 meter.

Struktur ini mempunyai keluasan dengan dimensi 150 x 70 meter dan dikatakan sebagai struktur kayu terbesar di dunia. Ianya juga dikenali sebagai Las Setas de la Encarnacion. Struktur ini adalah merupakan kombinasi daripada enam buah kanopi yang setiap satunya menempatkan pelbagai kemudahan seperti market, kedai, dan juga podium untuk konsert dan events. Di bahagian basement pula ditempatkan Antiquarium, sebuah muzium yang menempatkan pelbagai bahan tinggalan sejarah dari tamadun Rom dan Andalus.

Pada bahagian bumbung pula terdapat plaza terbuka yang dibuka untuk public events dan juga restoran dan tempat istirehat yang menawarkan pemandangan menakjubkan di sekeliling kota tersebut. Bercakap tentang restoran di atas pokok, mungkin anda berminat untuk melihat restoran yang betul-betul di atas pokok, literally, di Jepun yang sangat menarik ini.










Sumber dari Amusing Planet

Khairil Faizul

Mahasiswa, pengendali blog kfeinblog.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Instagram